Wednesday, 17 August 2016


assalamualaikum dan selamat datang ke blog kami........


Image result for peruntukan utama dalam perlembagaan malaysia

NAMA AHLI KUMPULAN 

NUR ALIAH HANIM BINTI RAHMAN

(16DKA16F1114)
NUR AFIFAH BINTI MOHAMAD FAUDZI
(16DKA16F1117)
MIROSHA  
(16DKA16F1121)


PENGENALAN 
Perlembagaan Persekutuan Malaysia terhasil sejak kemerdekaan masih mengekalkan peruntukan-peruntukan penting dalam perlembagaan seperti :


Image result for peruntukan utama dalam perlembagaan malaysia


Ini merupakan satu langkah untuk merealisasikan cita-cita mewujudkan sebuah negara yang demokrasi dan adil untuk semua pihak.


Kedudukan bahasa melayu
  • merupakan lingua franca bahasa perantaraan negara ini sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
  • digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi seperti mesyuarat, surat-menyurat, perundangan dan kehakiman.
  • peruntukan Perkara 150 (6A) dengan jelas menyatakan bahawa walaupun dalam keadaan darurat, hal-hal yang berhubung dengan bahasa melayu adalah dilindungi oleh perlembagaan.
  • akta Bahasa Kebangsaan 1967 juga memperuntukan bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa rasmi tunggal.
  • menjadi medium penyatuan bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum serta lambang jati diri dan identiti nasional.
  • dipilih melalui kesepakatan dan tolak ansur dalam kalangan semua kaum di negara ini.

Kedudukan Agama Islam
  • Bahagian I, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memaktubkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi agama lain boleh dianuti secara aman dan harmoni.
  • Perkara 3(2) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa raja atau sultan ialah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing.
  • Yang di-Pertuan Agong akan bertindak sebagai Ketua Agama Islam bagi Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan ( Putrajaya, Labuan dan Kuala Lumpur ) bagi mewakili raja-raja Melayu.
  • Majlis Agama Islam ditubuhkan di setiap negeri berdasarkan undang-undang negeri.
  • berperanan untuk menasihati Raja mengenai hal ehwal agama Islam.
  • Perkara 11(4) memberi kuasa kepada undang-undang negeri dan undang-undang Persekutuan untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Islam.
  • Perkara 12(2) memperuntukan kuasa kepada Persekutuan atau sesuatu negeri untuk menubuhkan atau menyenggara institusi Islam serta membiayai perbelanjaan dalam mengadakan atau membantu ajaran Islam.
  • perwarisan (berwasiat atau tidak berwasiat)
  • munakahat (pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah dll )
  • wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat
  • adat istiadat Melayu
  • zakat fitrah dan baitulmal
  • masjid atau tempat solat awam
  • mengadakan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam terhadap rukun Islam (kecuali perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan)
  • keanggotaan, susunan dan tatacara Mahkamah Syariah
  • mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan dalam kalangan penganut agama Islam.

Hak keistimewaan orang melayu
  • hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera dinyatakan dalam perkara 153(1) Perlembagaan Persekutuan.
  • YDPA bertanggungjawab untuk menjamin kedudukan orang Melayu dan melindungi hak kaum lain.
  • hak istimewa orang Melayu merujuk kepada 3 perkara utama iaitu :                                       i)                    Perkhidmatan awam                                                                                                                
    ii)                  Ekonomi
    iii)                Pendidikan  

  • Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan orang melayu 
                sebagai :                                
-         seorang yang beragama Islam                                                                                                    
-         bertutur menggunakan bahasa Melayu                                                                                                
-         mengamalkan adat budaya Melayu                                                                                                  
-         lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapura, atau seseorang itu telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura pada hari merdeka
Image result for peruntukan utama dalam perlembagaan malaysia

  • Perkara 153(2), YDPA atas nasihat Jemaah Menteri (JM) bertanggungjawab untuk menentukan perizaban jawatan di dalam sektor awam bagi orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak
  • tujuan kuota atau perizaban untuk mengimbangi pola kakitangan awam dalam sektor awam yang didominasi oleh orang asing sebelum dan pada awal tahun-tahun kemerdekaan
  • bagi aspek ekonomi, YDPA bertanggungjawab membantu urusan orang-orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam urusan perniagaan dan perdagangan
  • Menurut Perkara 153 (6) YDPA berhak mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab memberi kelulusan permit atau lesen perniagaan dan perdagangan kepada orang Melayu mengikut kadar perizaban.
  • YDPA bertanggungjawab melindungi keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam pemberian biasiswa, bantuan dan keistimewaan pelajaran, serta latihan atau kemudahan khas yang diberikan atau diadakan oleh kerajaan Persekutuan.
  • kedudukan istimewa orang Melayu lain adalah berkaitan tanah rizab Melayu yang termaktub dalam Perkara 89 dan 90 Perlembaggan Persekutuan
  • perkara 89 menyentuh mengenai tanah rizab Melayu manakala Perkara 90 menyentuh tentang pengecualian undang-undang yang ada berkenaan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka serta tanah pegangan Melayu di Terengganu.

Hak kewarganegaraan
  • Kuatkuasa undang-undang
  • pendaftaran
  • permohonan kemasukan
  • pencantuman wilayah     


Image result for kewarganegaraan secara kuatkuasa undang-undang                                                                  





Image result for peruntukan utama dalam perlembagaan malaysia


Image result for kewarganegaraan secara naturalisasi



Kewarganegaraan secara pencantuman Wilayah


Diberi kepada penduduk Singapura,Sabah ,Sarawak yang anggotai Persekutuan Malaysia pada 16.9.1963                   




2 sebab individu hilang hak kewarganegaraan 


  • individu itu menolak kewarganegaraannya
  • apabila terlucut atau dilucutkan oleh Perlembagaan Malaysia sekiranya individu tersebut melakukan sesuatu tindakan yang bertentangan dengan kehendak Perlembagaan seperti :                                                                                                                                                           - tidak lagi berminat untuk mengekalkan kewarganegaraan dengan menjadi                                   warganegara asing                                                                                                           
                 - tidak lagi setia kepada negara melalui tindakan atau percakapannya                                                                                                                  
                 - telah bermastautin di negara asing selama lebih daripada 5 tahun secara                           berterusan dan tidak pernah melapor atau mendaftar di Pejabat Konsul                           Persekutuan

Hak asasi


Istilah "kebebasan Asasi" diguna pakai dalam Perlembagaan merujuk hak asasi yang diberikan pada rakyat. Bahagian II,perkara 5 hingga 13 dalam Perlembagaan Persekutuan Peruntukkan 9 hak asasi :

Hak asasi dalam Perlembagaan Persekutuan



Perkara 5         Kebebasan diri

Perkara 6         Keabdian dan kerja paksa dilarang

Perkara 7         Perlindungan daripada undang-undang jenayah kuatkuasa kebelakang 

                           dan perbicaraan berulang

Perkara 8         Kesamarataan

Perkara 9         Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak 

Perkara 10       Kebebasan bercakap,berhimpun dan berpersatuan

Perkara 11       Kebebasan beragama

Perkara 12       Hak terhadap pendidikan 

Perkara 13       Hak terhadap harta  


Semua rakyat berhak dapat perlindungan dan kesamarataan di sisi undang-undang



  • Jika individu ditangkap,dia hendaklah diberitahu sebab dia ditangkap dengan segera & dia dibenarkan untuk membela diri
  • Jika individu didakwa,dia perlu mendapat perbicaraan yang adil.
  • Tertuduh tidak boleh dituduh dengan tuduhan yang sama kali kedua sekiranya telah dilepaskan & dibebaskan oleh mahkamah atas tuduhan yang sama.

Isu sensitif berkaitan agama,bahasa kebangsaan,hak istimewa orang melayu dan kedudukan raja-raja Melayu dilarang untuk dibincangkan secara terbuka.Tujuan adalah demi menjaga perpaduan dan keharmonian hidup masyarakat Malaysia.





KONTRAK SOSIAL



Image result for kontrak sosial



 Bentuk permuafakatan yang ulung antara rakyat dan pemimpin bagi 3 kaum utama

 (Melayu,Cina dan India) yang mewakili parti UMNO,MIC dan MCA yang dimeterai


 menerusi Perlembagaan Persekutuan.

  • Melalui permuafakatan sosial,penggantian beri-memberi (quid pro quo) berlaku antara orang Melayu dan orang bukan Melayu.
  • Orang Melayu sedia ubah tanah asal tumpah darah keturunan mereka menjadi tanah perkongsian bersama cina dan india.
  • Orang Melayu setuju berikan hak kewarganegaraan berdasarkan prinsip JUS SOLI kepada orang bukan Melayu.
  • Sebagai balasan Cina & India setuju :                                                                                                                
                             -kedudukan istimewa orang melayu

                             -kedudukan agama islam

                             -bahasa melayu

                             -kedudukan Raja-Raja Melayu dikekalkan dalam perlembagaan

                                                        


Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan


Image result for unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan persekutuan



Tanpa kontrak sosial,Tanah Melayu tak mungkin berjaya capai kemerdekaan pada tahun 

1957  kerana-pihak British jadikan permuafakatan sebagai prasyarat kemerdekaan.


Kontrak sosial- asas yang jadikan Malaysia sebuah negara merdeka di bawah sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen Raja Berpelembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan

Selain menjadi anak kunci kepada perpaduan antara kaum seperti termaktub dalam perlembagaan





RUJUKAN
    Image result for buku perlembagaan malaysia
  • buku pengajian malaysia               
  • buku perlembagaan malaysia  
  • cidos (nota)







 SOALAN PENGUKUHAN


1. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada :

2. Apakah langkah yang diambil oleh YDPA untuk melindungi keistimewaan orang melayu

 dalam bidang pendidikan ?

3. - buktikan pemastautinan di persekutuan selama 5 dan 7 tahun sebelum permohonan

    -berkelakuan baik

Pernyataan berikut merujuk kepada cara memperoleh kewarganegaraan secara :

4. Bagaimanakah hak asasi yang diguna dalam kehidupan penduduk Malaysia ?

5. Perkara 151 yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan merujuk kepada :

6. Apakah kesan atau balasan kepada orang bukan melayu melalui quid pro quo

7. Senaraikan prosedur yang perlu dilakukan jika seseorang itu ditangkap oleh pihak

 berkuasa ?

8. Terangkan 2 unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan.









PENGAJARAN


Perlembagaan Persekutuan mempunyai satu garis panduan untuk pemerintah negara. Tanpa perlembagaan, sistem pemerintahan dan kawalan sukar dilaksana. Peruntukan utama perlembagaan memberi suatu gambaran jelas kepada rakyat.




   
KESIMPULAN 



Generasi pascamerdeka rata-rata belum begitu memahami kontrak sosial yang merupakan permuaafakatan yang dibuat secara bersama antara orang Melayu dengan bukan Melayu sebelum kemerdekaan. Permuafakatan ini adalah bagi menjamin keharmonian dan perpaduan kaum yang melibatkan lima elemen utama yang kemudiannya dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Perkara tersebut ialah Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak keistimewaan Melayu dan bumiputera, kedudukan institusi raja dan kewarganegaraan mengikut prinsip jus soli. Walaupun kontrak sosial ini telah diajarkan di sekolah melalui subjek Sejarah, Pengajian Am dan kursus Hubungan Etnik di universiti, namun kebanyakan pelajar belajar hanya untuk mendapatkan gred yang baik, selepas selesai kursus semuanya ‘lupa’. Oleh itu tidak hairanlah mutakhir ini mereka begitu kritis dan semakin berani memperkatakannya secara terbuka melalui media massa. Persoalan yang timbul ialah adakah kerana kejahilan mereka terhadap fakta sejarah, kejahilan mengenai kandungan Perlembagaan atau pengaruh globalisasi yang mengglobalkan faham liberalisme dan faham kesaksamaan? Bertitik tolak daripada persoalan ini kertas kerja ini akan meninjau persepsi pelajar terhadap kelima-lima elemen kontrak sosial dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) lisan yang dipilih sebagai salah satu topik berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan. Dapatan mendapati bahawa kebanyakan mereka bersetuju dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan/rasmi yang menjadi alat perpaduan antara kaum. Oleh itu, strategi pengajaran berpusatkan pelajar mengikut teori konstruktivisme digunakan untuk mendorong pelajar menggunakan minda secara aktif, kritis, kreatif dan inovatif. Dalam hal ini guru berperanan sebagai perancang aktiviti, dan pemudah cara. Kaedah soal selidik dan temu bual digunakan dalam kajian ini dan pelajar di sebuah universiti awam dijadikan sampel kajian.
                                     

1 comment:

  1. Halo, saya Helena Julio dari Ecuador, saya ingin berbincang dengan baik mengenai Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian mengenai topik ini. Perkhidmatan Pembiayaan FundingLe_Meridian memberi saya sokongan kewangan ketika semua bank di kota saya menolak permintaan saya untuk memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD, Saya cuba semua yang saya dapat untuk mendapatkan pinjaman dari bank saya di sini di Ecuador tetapi mereka semua menolak saya kerana kredit saya rendah tetapi dengan rahmat tuhan saya mengetahui tentang Le_Meridian jadi saya memutuskan untuk mencuba untuk memohon pinjaman. dengan Insyaallah mereka memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD permintaan pinjaman yang bank saya di sini di Ecuador telah memalingkan saya kerana, ia benar-benar hebat melakukan perniagaan dengan mereka dan perniagaan saya berjalan lancar sekarang. Berikut ialah Penyertaan E-mel Le_Meridian Pelaburan / WhatsApp Hubungi jika anda ingin memohon pinjaman dari mereka.Email:lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.comWhatsApp Hubungi: + 1-989-394-3740.

    ReplyDelete